EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese

Falsafah Kawalan Manusia

Sebelum ini saya pernah mengutarakan beberapa contoh tentang pemikiran falsafah. Seperti yang kita tahu falsafah itu lazimnya berfikir secara metafizik iaitu memikir secara realiti dan berbincang tentang hakikat. Cabang daripada metafizik juga lazim digunakan pada kaedah ontologi. Saya rasa dengan contoh-contoh sebelum ini telah membuatkan anda rasa sedikit kebingungan dan kesengsaraan sewaktu berfikir. Namun kali ini saya akan memberi contoh yang amat mudah dan faham untuk anda mendalami kalam-kalam falsafah. Falsafah juga tidak boleh lari dari sudut ilmu MANTIQ iaitu memikirkan sesuatu dengan susunan yang terperinci. Ilmu MANTIQ itu sentiasa memikirkan dalam bentuk logik, ia juga membantu sesuatu falsafah itu dikeluarkan dengan baik dan sebagai dalil/bukti pemikiran.
Persoalan saya ialah, sebenarnya siapakah yang mengawal manusia?? Mengikut logik manusia, manusia itu lazimnya dikawal oleh fikiran dengan menggunakan akal. Betul?? Tapi siapakah yang mengawal fikiran? Adakah manusia itu yang mengawal fikiran atau fikiran yang mengawal manusia?? hehe.. pening sikit.. banyak sangat persoalan.. Hal ini berkait rapat dan sebenarnya ada orang lain yang mengawal kita. Rasanya anda telah dapat meneka siapakah sebenarnya yang mengawal manusia, betul atau tidak baca seterusnya...

Okey.. Saya bagi contoh yang mudah. Anda pernah main game?? Playstation, Xbox atau game perisian komputer. Bumi/dunia itu adalah TV atau Monitor dan kita adalah dalam game tersebut. Kesimpulannya hidup kita ini sebenarnya seperti dalam game. Ada orang lain yang mengawal kita. Kemenangan sesuatu game itu bergantung kepada orang yang mengawal kita. Kalau orang yang kawal kita itu lemah maka kita tewas dan jika dia hebat maka kita menang.

Diakui secara logik memang akal yang mengawal manusia namun akal tidak dapat ditentukan dengan pengawalan yang hebat atau pengawalan yang lemah. Jadi yang mengawal manusia itulah dinamakan NAFSU ataupun IMAN. Kedua-dua ini adalah jaguh bagi kawalan manusia. Masing-masing bersaing untuk kemenangan masing-masing. Kemenangan bagi IMAN adalah Syurga dan kemenangan bagi NAFSU adalah neraka. Untuk membina kekuatan masing-masing memerlukan usaha berlatih. IMAN berlatih mengikut perintah Allah dan NAFSU berlatih mengikut kehendak Iblis.. Jadi, biarlah kita menang dan juara dikawal oleh IMAN, dan jangan biarkan NAFSU yang mengawal kita.

Macam mana?? mudah bukan??

Persoalan terakhir saya yang mesti anda jawab. Tapi ini bukan kaedah falsafah, cuma sekadar menguji pemikiran anda dan untuk menyedarkan anda dari tidur. Persoalan ini lebih kurang sama yang telah saya bangkitkan pada awal perenggan beserta jawapan logik manusia. Tapi apakah jawapan anda pula?? Saya percaya semua orang mahukan kemenangan, jadi sepatutnya antara kita dan akal, siapa yang mengawal masing-masing?? Akal yang kawal kita atau kita yang kawal akal??

Saya bagi situasi.. Jika anda mahu mencuri, tetapi telah terlintas difikiran anda bahawa mencuri itu adalah perbuatan yang tidak baik dan menyalahi agama. Jadi anda telah menggunakan akal untuk berfikir tapi akhirnya anda masih mencuri lagi.. Jadi siapakah anda sebenarnya??

Baca seterusnya...

Ketika Cinta Bertasbih

Rasanya agak basi jika saya menceritakan perjalanan filem atau sinopsis "Ketika Cinta Bertasbih" ini di dalam blog, memandangkn tayangan filem tersebut telah lama ditayangkan dan telah meletup-letup top carta antara filem yang mendapat perhatian, khususnya setiap penuntut yang belajar di bumi anbia' ini Universiti Al-Azhar.. Kisah cinta yang berteraskan asas agama di dalam filem ini telah membuktikan kejayaan filem tersebut di kaca mata umum.

Kira-kira sebulan yang lepas saya telah menonton filem tersebut dan telah mendapat reaksi yang amat positif dalam diri saya.. Sekembali semula di Mesir, saya telah menontonnya lagi dan menontonnya lagi buat kali ketiga dan terus memberi komen di dalam blog saya. Secara jujur dalam hidup saya, saya tidak pernah menonton filem yang berunsur cinta melebihi sekali sahaja. Namun filem ini telah menambat hati saya dan membuatkan diri saya terasa kesayupan erti cinta sehingga menontonnya berkli-kali.

Memandangkan filem "Ketika Cinta Bertasbih" dilakonkan di bumi Mesir, maka segala perjalanan cerita tersebut telah dapat saya rungkaikan satu persatu kerana pengalaman hidup di bumi anbia' ini telah bisa saya tempuhi. Segala perasaan lahir dengan sendirinya. Cinta yang didahuluhi dengan Al-Quran dan Assunnah telah menjadi asas yang kukuh didalam segala jiwa cinta. Fitrah manusia mahukan hidup berpasangan, maka Islam telah meraikan segala fitrah cinta didalam setiap naluri manusia berdasarkan sandaran syara'.

Kalau sebelum ini karya Habiburrahman El-Shirazy "Ayat-Ayat Cinta" pernah difilemkan, namun bagi saya "Ketika Cinta Bertasbih" lebih menarik dan lebih Islamik. Walaupun penulisnya sama tetapi filem "Ketika Cinta Bertasbih" telah meliputi kearah kesempurnaan sesebuah filem yang menjaga segala batasan.. Bagi mereka yang belum menonton filem tersebut, maka tontonilah.. Perhalusilah disetiap babak-babak yang menarik yang juga menduga iman dan taqwa.. Tak sabar menunggu "Ketika Cinta Bertasbih 2"

Baca seterusnya...

Happy Family Day Without Mr Coklat

Terasa kesayupan dan kepiluan apabila melihat keluarga yang sentiasa dikasihi bergembira tanpa pengganti diri mrcoklat. Hampir sepurnama saya kembali semula di bumi anbia' ini, terasa pulang disisi keluarga sekajap saja. Pejam celik dah hidup keseorangan balik. Aduhai bonda dan ayahanda.. Anakmu kembali sudah tiada tatkala bonda dan ayahanda mengharapkan keriangan anakandamu ini setiba umat Islam meraikan kemenangan yang hakiki.. Ampun ku pinta, anakmu pergi bukan sengaja tetapi pergi untuk teruskan perjuangan yang belum selesai...

29hb 11 2009. Tanggal detiknya hari yang bersejarah buat keluarga saya yang meraikan Hari Raya Edul Adha secara besar-besaran apabila seluruh keluarga Mohd Shah bin Tengku Salleh (moyang saya) telah meraikan hari keluarga yang sungguh meriah dan wow!! Namun segala keriangan itu tidak dapat saya kongsi bersama-sama mereka. Sedih... (!_!)

Wah!! tak sangka begitu besarnya family saya apabila buat julung-julung kalinya seluruh keturunan Mohd Shah berkumpul di rumah saya bagi meraikan kemenangan buat Islam. Terkejut dan sungguh kagum melihatnya, sehingga menarik minat media untuk merakamkan hari bersejarah tersebut. Sinar Harian (klik untuk baca secara online)

Besar sungguh family Mr Coklat.. Sinar Harian 30hb 11 2009..

kiri: abg saya.. tengah: ayah saya.. kanan: uncle mokhtar.. bawah: tok wan sepupu..


berbaju kuning tu ayah saya.. smart n hensem macam Mr Coklat kan?? hehe


sebahagian carta keturunan Keluarga Mohd Shah


Oh ya.. Keluarga Mohd Shah ialah bagi belah Ayah saya. Belah mak saya Keluarga Almanaf (klik web site) Insyallah skali lagi Family Day pada 5hb 12 2009. Nampaknya Mr Coklat akan menitiskan air matanya lagi.. waaaaaaaa.. Peace!!

Baca seterusnya...